“Penjara Liberty,” Friend, Ogos 2025, 26–28.
Pesanan Bulanan Friend, Ogos 2025
Penjara Liberty
Ramai orang yang tinggal di Missouri tidak menyukai Orang Suci. Gabenor menghantar askar untuk menghalau mereka.
Askar menangkap Joseph Smith dan pemimpin Gereja yang lain. Pada suatu malam, para pengawal ketawa akan hal buruk yang mereka telah lakukan kepada Orang Suci.
Joseph berdiri dan menjerit, “Senyap!” Dia bercakap dengan kuasa Tuhan. Mereka minta maaf dan berhenti bercakap.
Kemudian, Joseph dan kawan-kawannya dimasukkan ke dalam penjara di bandar Liberty. Penjara itu sangat sejuk, kecil, dan gelap. Mereka hanya mempunyai beberapa jerami kotor untuk tidur. Makanan yang diberikan membuat mereka sakit.
Joseph bimbang tentang Orang Suci. Tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu mereka.
Joseph banyak berdoa. Dia bertanya jika Tuhan telah melupakan dia dan ahli-ahli Gereja.
Tuhan menjawab doa Joseph. Dia berkata, “Anak-Ku, damai sejahteralah bagi jiwamu.” Tuhan memberitahu Joseph bahawa cabarannya tidak akan kekal selamanya, dan itu akan menjadi kebaikannya. Dia berjanji bahawa Dia akan bersama Joseph “selama-lamanya” (Ajaran dan Perjanjian 121:7, 46).
Halaman Mewarna
Saya Boleh Menjadi Cahaya kepada Orang Lain.
Ilustrasi oleh Corey Egbert
Bagaimanakah anda menjadi contoh yang baik kepada orang lain?
© 2025 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. Dicetak di Amerika Syarikat. Kelulusan bahasa Inggeris: 6/19. Kelulusan terjemahan: 6/19. Terjemahan Monthly Friend Message, August 2025. Malay. 19642 348