Pesanan Bulanan Friend, Jun 2025
Membina Bait Suci Kirtland
Tuhan memberitahu Joseph Smith bahawa sudah tiba masanya untuk membina sebuah bait suci di Kirtland, Ohio, Amerika Syarikat. Ia akan menjadi satu tempat yang istimewa di mana Tuhan akan melawat umat-Nya dan membuat perjanjian dengan mereka.
Orang Suci mula membina bait suci. Ia memerlukan banyak wang dan kerja. Tetapi mereka teruja untuk menerima berkat Tuhan.
Semasa Orang Suci membina bait suci, mereka mula kehabisan wang. Mereka berdoa kepada Tuhan untuk bantuan.
Seorang wanita bernama Caroline Tippets dan keluarganya telah menyimpan banyak wang. Mereka membenarkan Gereja meminjam wang untuk membantu membina bait suci.
Orang Suci bekerja keras. Ada yang memandu gerabak penuh dengan batu. Yang lain membuat pakaian dan makanan untuk para pekerja.
Kanak-kanak mengumpul kepingan kaca pecah untuk dikisar dan diletakkan pada dinding bait suci supaya ia berkilauan di bawah cahaya matahari.
Tidak lama kemudian, bait suci itu siap! Orang Suci teruja untuk memasuki rumah Tuhan bagi menerima berkat-berkat yang Dia telah janjikan kepada mereka.
Halaman Mewarna
Tuhan Mengenali Siapa Saya dan Mengasihi Saya
Ilustrasi oleh Corey Egbert
Lukis muka anda dalam bujur itu. Bagaimana anda tahu Yesus Kristus mengasihi anda?
© 2025 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. Dicetak di Amerika Syarikat. Kelulusan bahasa Inggeris: 6/19. Kelulusan terjemahan: 6/19. Terjemahan Monthly Friend Message, June 2025. Malay. 19643 348