2025
Lucy Menemui Kebenaran
April 2025


“Lucy Menemui Kebenaran,” Friend, April 2025, 26–28.

Pesanan Bulanan Friend, April 2025

Lucy Menemui Kebenaran

Gadis muda membuka pintu untuk membenarkan sekumpulan lelaki masuk manakala seorang wanita duduk di mesin tenun

Suatu hari, Lucy Morley yang berusia 15 tahun sedang membantu jirannya, Abigail Daniels, menenun kain. Semasa mereka bekerja, tiga misionari mengetuk pintu. Mereka berkata Yesus Kristus menghantar mereka untuk berkongsi pesanan.

Wanita di mesin tenun berkerut dahi sementara para lelaki bercakap dengan gadis kecil itu

Para lelaki itu beritahu Abigail dan Lucy bahawa Yesus memanggil Joseph Smith sebagai seorang nabi. Mereka juga beritahu tentang Kitab Mormon.

Wanita marah mengusir lelaki keluar dari rumahnya

Lucy terkejut, Abigail menjadi marah. Dia mengusir para misionari itu.

Para lelaki menoleh manakala gadis berlari keluar mengejar mereka

Lucy tahu para misionari itu adalah hamba Tuhan. Dia memberitahu mereka untuk melawat keluarganya tidak jauh dari situ.

Para lelaki di meja makan bersama gadis dan keluarganya

Para misionari pergi ke rumah Morley. Ibu bapa Lucy menjemput para misionari untuk mengajar mereka dan kawan-kawan mereka.

Gadis meletakkan tuala di bahu wanita sementara di belakang, seseorang sedang dibaptiskan di sungai.

Pada malam itu, 17 orang telah dibaptiskan. Dalam beberapa hari berikutnya, 50 orang lagi mendengarkan para misionari dan dibaptiskan. Malah jiran Lucy, Abigail berubah fikiran. Dia dan suaminya, bersama-sama dengan Lucy dan ahli keluarganya, memilih untuk mengikuti Yesus Kristus dengan dibaptiskan.

Halaman Mewarna

Kerana Yesus Kristus, Saya Akan Dibangkitkan

baris seni kubur yang kosong

Ilustrasi oleh Corey Egbert

Bagaimanakah anda mengingati Yesus pada hari Easter?