2025
Imamat Dipulihkan
Mac 2025


“Imamat Dipulihkan,” Friend, Mac 2025, 26–28.

Pesanan Bulanan Friend, Mac 2025

Imamat Dipulihkan

Anda boleh membaca cerita ini dalam Joseph Smith—Sejarah 1:66–73 dan Ajaran dan Perjanjian 27:12.

Joseph Smith bercakap kepada Oliver Cowdery dengan gelembung imaginasi yang menunjukkan Kristus mengunjungi bangsa Nefi

Selepas Joseph Smith menerima kepingan-kepingan emas, dia mula menterjemahkannya. Oliver Cowdery menulis apa yang dia katakan. Semasa mereka bekerja, mereka mempelajari bahawa Yesus Kristus mahu semua orang dibaptiskan.

Joseph Smith dan Oliver Cowdery berdoa di dalam hutan

Joseph dan Oliver tertanya-tanya siapa yang memiliki kuasa Tuhan untuk membaptiskan orang. Mereka pergi ke dalam hutan untuk berdoa dan bertanya kepada Tuhan.

Malaikat dengan tangannya di atas kepala Joseph Smith

Semasa mereka berdoa, seorang malaikat muncul. Dia berkata dia adalah Yohanes Pembaptis, yang membaptiskan Yesus Kristus dahulu. Dia memberikan Joseph dan Oliver Imamat Harun supaya mereka boleh membaptiskan orang lain. Imamat adalah kuasa Tuhan. Ia digunakan untuk memberkati anak-anak Tuhan.

Joseph Smith membaptiskan Oliver Cowdery

Yohanes Pembaptis memberitahu Joseph dan Oliver untuk dibaptiskan. Mereka pergi ke sungai dan membaptiskan satu sama lain. Apabila mereka keluar dari air, mereka dipenuhi dengan Roh Kudus. Mereka sangat gembira!

Tiga malaikat meletakkan tangan mereka di atas kepala Joseph Smith

Kemudian, malaikat lain datang. Tiga daripada Rasul Yesus—Petrus, Yakobus, dan Yohanes—memberikan Joseph dan Oliver Imamat Melkisedek. Kini Joseph dan Oliver boleh memberikan kurnia Roh Kudus kepada orang lain.

Halaman Mewarna

Yesus Senang akan Nyanyian Hati

Hati dengan nota muzik

Ilustrasi oleh Corey Egbert

Bagaimanakah perasaan anda apabila anda menyanyi tentang Yesus Kristus?