2025
Joseph Smith Menerima Kepingan-kepingan Emas
Februari 2025


“Joseph Smith Menerima Kepingan-kepingan Emas,” Friend, Februari 2025, 26–28.

“Saya Boleh Menjadi Saksi Bahawa Kitab Mormon adalah Benar,” Friend, Februari 2025, 48.

Pesanan Bulanan Friend, Februari 2025

Joseph Smith Menerima Kepingan-kepingan Emas

Anda boleh baca cerita ini dalam Joseph Smith—Sejarah 1:28–60.

Joseph Smith melihat ke luar tingkap

Tiga tahun selepas Penglihatan Pertama, Joseph Smith berasa sedih tentang beberapa kesilapan yang telah dia lakukan. Dia berdoa kepada Bapa Syurgawi mengenainya.

Joseph Smith berlutut dalam doa

Semasa Joseph berdoa, cahaya memenuhi bilik. Dia melihat malaikat berdiri di udara. Nama malaikat itu ialah Moroni.

Malaikat Moroni mengunjungi Joseph Smith di biliknya

Moroni berkata terdapat sebuah kitab yang diperbuat daripada halaman emas, atau kepingan-kepingan. Ia ditanam di sebuah bukit berdekatan rumah Joseph. Kitab ini adalah tentang orang-orang yang hidup di benua Amerika lama dahulu. Moroni berkata Tuhan akan membantu Joseph menterjemah kitab itu.

Joseph Smith mengintip ke dalam lubang untuk melihat kepingan-kepingan emas

Joseph pergi ke bukit dan menemui kepingan-kepingan emas di bawah batu yang berat. Moroni datang dan berkata bahawa Joseph belum bersedia untuk mengambilnya lagi.

Malaikat Moroni muncul kepada Joseph Smith

Apabila Joseph lebih dewasa, Moroni menemuinya di atas bukit dan memberinya kepingan-kepingan itu. Moroni memberitahu Joseph untuk pastikan ia selamat.

Joseph Smith bercakap dengan sebuah keluarga

Joseph mula menterjemahkan kepingan-kepingan itu ke dalam Bahasa Inggeris. Dia gunakan alat khas daripada Tuhan untuk membantunya. Kitab itu diterbitkan pada tahun 1830 sebagai Kitab Mormon. Ia mengajar mengenai Yesus Kristus dan injil-Nya.

Halaman Mewarna

Saya Boleh Menjadi Saksi Bahawa Kitab Mormon Adalah Benar.

Halaman mewarna gadis memeluk Kitab Mormon

Ilustrasi oleh Corey Egbert

Bagaimanakah anda boleh membantu orang lain belajar tentang Yesus Kristus dalam Kitab Mormon?