“Penglihatan Pertama,” Friend, Januari 2025, 26–28.
Pesanan Bulanan Friend, Januari 2025
Penglihatan Pertama
Anda boleh baca cerita ini dalam Joseph Smith—Sejarah 1:1–20.
Semasa Joseph Smith masih muda, banyak gereja mengajar perkara yang berbeza tentang Yesus Kristus. Joseph tidak tahu gereja mana yang harus diikutinya.
Suatu hari, dia membaca Yakobus 1:5 dalam Alkitab. Ia berkata jika kita perlukan kebijaksanaan, kita boleh tanya Tuhan. Joseph memutuskan untuk berbuat demikian.
Pada musim bunga yang indah, Joseph pergi ke hutan untuk berdoa kepada Bapa Syurgawi.
Joseph melutut dan mula berdoa. Tetapi kemudian dia rasa kegelapan di sekelilingnya. Joseph berasa takut. Dia meminta bantuan Tuhan.
Tiba-tiba, Joseph melihat cahaya terang turun dari syurga. Dia melihat Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus berdiri di udara. Bapa Syurgawi menyebut nama Joseph. Kemudian Dia menunjuk kepada Yesus Kristus dan berkata: “Inilah Putera-Ku yang Ku-kasihi. Dengarkanlah Dia!”
Yesus beritahu Joseph dia tidak harus sertai mana-mana gereja.
Joseph akan membantu memulihkan kegenapan injil di bumi.
Joseph tidak keliru lagi. Dia dipenuhi dengan kebahagiaan! Dia tahu Tuhan mengasihinya. Sesetengah orang tidak percaya dia telah melihat Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus, tetapi dia tahu itu benar.
Halaman Mewarna
Bapa Syurgawi Mendengar dan Menjawab Doa Saya
Ilustrasi oleh Corey Egbert
Bapa Syurgawi menjawab doa Joseph Smith. Dia akan menjawab doa anda juga!
© 2025 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. Dicetak di Amerika Syarikat. Kelulusan bahasa Inggeris: 6/19. Kelulusan terjemahan: 6/19. Terjemahan Monthly Friend Message, January 2025. Malay. 19632 348