“Nefi Melihat Bayi Yesus,” Friend, Disember 2024, 26–27.
Pesanan Bulanan Friend, Disember 2024
Nefi Melihat Bayi Yesus
Ilustrasi oleh Andrew Bosley
Ayah Nefi, Lehi, melihat satu penglihatan tentang Yesus Kristus. Nefi juga mahu melihat penglihatan ini. Dia berdoa dan meminta untuk melihat apa yang dilihat ayahnya.
Roh Kudus menunjukkan kepada Nefi penglihatan yang sama. Nefi melihat seorang wanita muda bernama Maria. Roh Kudus berkata dia akan menjadi ibu kepada Putera Tuhan, Yesus Kristus.
Nefi melihat bayi Yesus bersama Maria. Roh Kudus berkata bahawa Yesus akan datang ke bumi untuk membantu anak-anak Bapa Syurgawi.
Nefi melihat kehidupan Yesus Kristus. Dia melihat Yesus melayani dan mengajar orang. Nefi belajar banyak perkara tentang Juruselamat. Anda juga boleh belajar tentang Yesus dengan membaca tulisan suci.
Halaman Mewarna
Krismas adalah mengenai Yesus
Ilustrasi oleh Adam Koford
“Seorang anak telah dilahirkan bagi kita! Seorang anak lelaki telah dianugerahkan kepada kita” (Yesaya 9:6).
© 2024 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. Dicetak di Amerika Syarikat. Kelulusan bahasa Inggeris: 6/19. Kelulusan terjemahan: 6/19. Terjemahan Monthly Friend Message, December 2024. Malay. 19350 348